Wednesday, January 14, 2015

forensik

perjalanan dalam van kecil yang kapasitinya 14 org itu  mengambil masa selama sejam dari bandar. aku mula terasa pening dan loya dek kerana struktur jalan yang usang dan cara pemanduan "drift" itu.. mataku layu, sudah beberapa kali playlist aku memainkan lagu yang sama.. bosan.. salji meliputi tingkap, pemandangan terhalang.. lagi bosan..

langkah kecilku menapak perlahan.. kristal ais menyelaputi jalan.. aku berjalan bagai penguin.. sesekali aku menari di atas ais itu.. semalam hujan, dan suhu harini negatif, sememangnya satu jihad yang besar untuk aku.. nak je aku paku tapak kasut supaya dia cengkam ais tu.. tapi apakan daya..

makin jauh perjalanan aku, tapi bangunan yang aku cari masih jauh dari pandangan.. tersorok.. beberapa ekor anjing hnya mampu menyalak dari jauh.. nasib baik jalan licin, kalau tidak, kaki keding aku mungkin jadi mangsa mereka.. bangunan usang itu tersergam di depan aku.. sunyi, jauh, terperosok.. jantung aku berdegup kencang.. mampukah aku? bolehke ni? macam2 persoalan singgah dalam benak fikiran.. tapi rasa ingin tahu aku lebih tebal dari itu.. aku melangkah gagah.. kuakan daun pintu yang berais itu menjamu mataku dengan keranda dua kali tinggi dari aku dan bunga-bungaan..

diam..

aku menyalin pakaian aku.. sengaja aku pakai baju paling cikai harini, senang kerja aku nanti, kalau2 dah tak tahan, buang saja.. topeng muka aku sarungkan sebanyak 4 helai.. di lapisan kedua aku calitkan sedikit minyak angin.. ye, aku loya!! bau bau seperti daging ayam lama yang seratus kali lagi hebat itu menusuk-nusuk hidungku.. topi bedah, plastik selipar dan sarung tangan.. ok, aku bersedia! dalam poket, aku seludup minyak angin.. yang terdedah hanyalah mataku.. dahi pun aku tutup dengan topeng kepala..

satu lagi pintu aku kuak.. adrenalin rush!!! ye, aku kaget!!!! terlepas pintu.. aku dapat rasakan kakiku sejuk.. lompat, ye melompat, itu legakan aku sedikit.. ini kali pertama aku jejakkan kaki aku ke bilik autopsi di sini.. kaki ku kembali gagah.. mental aku masih lemah.. mataku sempat meliar meninjau bilik itu.. ada beberapa jasad tidak bernyawa di lantai.. ada dua jasad terbuka di atas katil besi, organ mereka berselerakan di tepi..aku mesti masuk!

dengan satu tarikan nafas yang berbau minyak angin itu, aku melangkah masuk.. mataku, dan mulutku terbuka luas.. darah, organ manusia, semuanya terhidang.. kaviti mediastinum jasad kosong.. jasad-jasad lain dibiarkan di lantai.. menunggu giliran mungkin.. aku kembali loya, bau busuk itu mengalahkan bau minyak angin tadi.. ahh sudah.. risau kalau terjatuh atas jasad ini.. fobia aku nanti..

aku makin loya.. minyak angin aku tenyeh di atas topeng.. lega.. alhamdulillah, aku kembali gagah.. john doe di depan aku mati akibat bunuh diri.. jelas kelihatan bekas tali gantung di leher.. tebal, dan dalam.. mungkin lama tergantung.. ada sedikit bau arak.. dan beberapa kesan yang menjelaskan beberapa cubaan membunuh diri oleh john doe.. aku berdiri beberapa inci dari jasad itu.. di belakang kakiku, ada jasad lain.. aku beku di situ.. otak john doe membengkak, salur darah otaknya jugak "dilate".. asphyxia..

tali gantung menekan bahagian otak yang mengawal pernafasan dan jantung dikenali sebagai medulla oblongata.. jantungnya juga mempunyai beberapa fokus putih, indikasi nekrosis..aku membelek hati, buah pinggang, dan paru paru.. john doe seorang perokok, parunya hitam, dan keras.. tapi hatinya kelihatan normal.. mungkin masalah minum john doe masih terkawal.. jantungnya menunjukkan bahawa dia mempunyai alcoholic cardiomyopathy.. kulitnya putih lesu, pucat.. salur darah dipenuhi plug cholesterol.. tabiat makan yang kurang baik mungkin??? aku mengelilingi katil besi depan berhati-hati.. jasad-jasad penuh di kakiku.. risau, takut, terkejut semua perasaan bercampur baur..

jasad baru diletakkan di atas katil besi sebelah.. dibuka beg hitam.. aku memalingkan muka, tidak sanggup melihat.. jasad di lantai ditarik sebelah tangan, dirapatkan.. aku terkelu, bukankah kita sepatutnya menghormati jenazah? tapi ini bumi asing.. aku sedih melihat jasad diperlakukan sebegitu rupa.. ah bau itu singgah lagi.. minyak angin kuseluk, ditenyeh lagi dan lagi..

aku tidak lama di bilik autopsi.. setelah keluar, aku rasakan bau itu melekat di seluruh tubuhku.. bayangkan bau jasad jasad yang banyak itu, terkumpul dalam bilik kecil yang kepam tu.. pening! cepat-cepat aku menyalin pakaian.. keluar dari bangunan itu, masih terngiang bau itu.. ya Rabbi, aku loya! terlintas, mungkin inilah bau zombie?? aku tersenyum seorang..

No comments:

Post a Comment